DI SEBALIK kejayaan yang dikecapi hari ini, penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha pernah dipandang rendah serta dianggap tidak lagi memberi nilai dalam pengurusan kerjayanya.
Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 33, berkata dia pernah menerima kenyataan yang cukup mengejutkan dipercayai daripada pihak yang pernah menguruskan kerjaya seninya.
“Tidak mengapa kalau awak tak mahu kami uruskan awak lagi, sebenarnya kurang beban bagi kami,” tulisnya mengimbau kenyataan tersebut.

Daiyan pernah dianggap sebagai beban.





