MENUNJUKKAN tanda sokongan, peminat Wany Hasrita sanggup mengeluarkan duit demi menyaksikan video muzik lagu Lembayung Tari nyanyian penyanyi itu dapat disiapkan.
Menerusi komen di laman Threads, peminat mencadangkan agar dana mula dibuka supaya Wany dapat memulakan proses pembikinan muzik video.
Malah, ada juga yang menyeru untuk menyumbang sekurang-kurangnya RM1 sebagai tanda sokongan terhadap kerjaya seni penyanyi kesayangan mereka.

Peminat menunjukkan tanda sokongan terhadap Wany.






