PELAKON Catriona Ross tampil menjawab persoalan netizen yang mendakwa kononnya golongan pempengaruh media sosial mampu hidup mewah dengan mudah tanpa perlu melakukan banyak kerja.
Menjelaskan perkara tersebut, Catriona atau Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 46, memberitahu setiap proses penghasilan kandungan video di media sosial memerlukan usaha yang tinggi.
Baginya, setiap proses yang dilalui itu memakan masa yang panjang dan ia tidak semudah seperti yang dijangka apabila melihat hasilnya.

Catriona anggap membuat ‘content’ memerlukan usaha yang tinggi.





