NIAT seorang wanita membeli keperluan anak-anak menggunakan wang hasil jualan dadih yang disimpan diambil suami tanpa pengetahuannya.
Lebih menyedihkan, wanita berkenaan mendakwa suaminya langsung tidak menunjukkan rasa bersalah selepas mengambil wang tersebut yang disimpan sejak beberapa bulan lalu.
Menurutnya, dia terkejut apabila mendapati tabung yang disimpan di dalam laci rak televisyen kosong ketika mahu mengambil wang berkenaan.





