SIKAP selebriti yang suka bersaing secara tidak sihat sehingga sanggup menikam rakan artis lain merupakan satu perbuatan yang tidak wajar.
Tidak bersetuju dengan tindakan tersebut, aktor Zul Ariffin, 40, berkata setiap pelakon haruslah mempunyai semangat kerjasama dan membina hubungan baik antara satu sama lain.
"Saya memang tidak suka budaya pelakon ‘makan’ pelakon lain sejak dahulu lagi. Saya lebih selesa bekerja secara kolaboratif kerana saya mahu membina hubungan kerja yang panjang dengan semua pelakon.






