PELAKON Norreen Iman dan suami, Mohd Raizi Abdul Razak sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.
Pasangan ini yang ditemui media selepas prosiding berkenaan bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung penceraian itu.

Norreen tidak mengulas tentang isu rumah tangga ketika bertemu media sebelum ini.
Norreen, 32, sebelum itu berkongsi satu hantaran ringkas menulis ‘Bismillahirahmanirahim’ di laman Threads miliknya sebelum ke mahkamah.




