SEORANG gadis meluahkan rasa kurang senang dan terkilan dengan sikap rakan sebiliknya yang didakwa sering membuat panggilan video bersama beberapa lelaki sehingga mengabaikan privasi penghuni lain di dalam bilik sewa.
Menurut gadis tersebut, rakan sebiliknya itu seakan tidak boleh berenggang dengan telefon pintar apabila sentiasa membawa peranti itu ke mana-mana sahaja, termasuklah ke dalam tandas dan ketika mandi demi meneruskan panggilan video bersama lelaki.
Apa yang mencetuskan kemarahan apabila rakan sebilik tersebut didakwa bertindak melampau dengan mendedahkan aurat serta situasi di dalam bilik mereka kepada orang luar.

Jaga privasi rakan sebilik termasuk aurat mereka. -Gambar hiasan AI





