TINDAKAN berkongsi foto dan video tidak berbaju di media sosial mengundang rasa kurang senang netizen, pelakon Ikmal Amry tampil membuat permohonan maaf atas kekhilafannya itu.
Mengakui hantaran tersebut dibuat atas kehendaknya sendiri, Ikmal atau Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 32, menjelaskan tindakan itu dilakukan demi memenuhi tuntutan kerja.
“Saya buat itu semua memang ikut kehendak watak dan lain-lain. Tapi ada juga yang saya terlepas iaitu saja-saja buka baju. Itu memang kehendak saya sendiri.

Ikmal berkongsi perkara itu ketika ditemui media.






