TINDAKAN berkongsi berita kehamilan seorang pelanggan tanpa sengaja akhirnya mengundang rasa bersalah yang amat mendalam bagi peniaga nasi lemak ini.
Mana tidaknya, berita itu melarat hingga menjadi kecoh di pejabat pelanggan wanita berkenaan.
Mengimbau kembali detik tersebut, peniaga terbabit mengakui dia pada mulanya berasa teruja dan gembira apabila pelanggan tetapnya itu berkongsi khabar gembira mengenai kehamilannya ketika singgah membeli nasi lemak pada waktu pagi.






