MENJADI lumrah dalam fasa awal kehidupan berumah tangga, ada sebahagian pasangan yang terpaksa memilih untuk tinggal bersama ibu bapa atau adik-beradik lain disebabkan kekangan kewangan.
Bagaimanapun, situasi ini adakalanya mengundang konflik tersendiri seperti yang dilalui oleh seorang wanita yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila terpaksa berkongsi bumbung dengan adik ipar lelakinya yang sudah pun berkeluarga.
Menurut wanita tersebut, rumah yang diduduki sekarang merupakan aset milik mereka suami isteri yang baharu sahaja dibeli.
Namun, adik iparnya itu sudah sedia tinggal di situ sejak awal kerana mereka pernah berkongsi membayar komitmen bulanan sewaktu rumah tersebut masih berstatus sewa.

Perbezaan pendapat boleh diselesaikan menerusi perbincangan. -Gambar hiasan AI
“Dia ada seorang anak, tapi saya dah jadi kurang selesa tinggal bersama. Sekarang dah setahun mereka anak-beranak duduk bersama sekali.





