USAHA dan penat lelah dilalui penyanyi muda Aqeesh Aleeya membuahkan hasil apabila dia berjaya menggenggam Diploma Komunikasi dan Pengajian Media (Masscomm) di Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) Shah Alam, Selangor pada Isnin lalu.
Aqeesh atau nama sebenarnya Nur Balqis Aleeya Sharom, 22, berkata kepayahannya berulang alik dari Negeri Sembilan ke Kuala Lumpur sepanjang hampir tiga tahun membuahkan hasil apabila dia berjaya menamatkan pengajian dalam bidang berkenaan.
Katanya lagi, sepanjang tempoh itu juga dia terpaksa menolak beberapa tawaran kerja demi memberikan fokus terhadap pengajian.

Aqeesh bangga dapat genggam segulung diploma.





