KEMALANGAN yang berlaku di lokasi penggambaran filem Konspirasi memaksa pengarahnya iaitu Ghaz Abu Bakar menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menyiapkan beberapa babak yang terkesan akibat insiden itu.
Ghaz, 51, bagaimanapun menjelaskan penggunaan AI tidak menganggu perjalanan filem itu kerana hanya melibatkan kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan cerita.
"Memang ada penggunaan AI, tetapi saya hanya gunakan sekitar 10 peratus sahaja.

Penggunaan AI hanya di babak tertentu sahaja.






