PELAKON dan pengarah, Datuk Yusry menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan kewujudan akaun palsu di Threads yang menyamar menggunakan identitinya.
Yusry atau Yusry Abdul Halim, 53, individu tidak bertanggungjawab itu menggunakan nama serta foto yang diambil daripada akaun peribadi miliknya bagi memperdaya pengguna media sosial.
“Saya diberitahu ada akaun palsu menggunakan nama saya. Hati-hati ya. Mereka adalah scammers.

Yusry mendedahkan terdapat akaun palsu di Threads yang menggunakan namanya.






