NIAT murni seorang wanita untuk memudahkan urusan jemaah lain bertukar menjadi tanda tanya apabila beberapa barang yang diwakafkan di sebuah tandas masjid hilang tanpa kesan.
Apa yang membuatkan dia lebih terkilan dan kecewa, barangan tersebut lesap dalam tempoh yang sangat singkat.
Meluahkan apa yang terbuku di hati, wanita itu memberitahu dia meletakkan sabun pencuci tangan dan pembersih solekan wajah (make-up remover) di ruangan tandas wanita untuk kegunaan bersama.
Bagaimanapun selang dua hari kemudian, dia mendapati kesemua barang yang ditinggalkannya itu sudah tiada lagi di situ.

Ramai yang mencari pahala melalui infaq dan wakaf barangan kepada masjid atau surau. -Gambar hiasan





