BERKONGSI tentang penghasilan lagu baharu berjudul Berjauh-an, penyanyi Aina Abdul memberitahu ia merupakan kisah peribadi yang pernah dilaluinya sebelum ini.
Tanpa menyebut sebarang nama, Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 33, memberi gambaran ia membawa kisah percintaan yang tidak menjadi disebabkan hubungan jarak jauh.
“Saya menulis lagu berkaitan hidup sendiri. Inspirasi hidup yang pernah saya alami dan dah ‘kalah’ pun.

Aina berkongsi inspirasi lagu Berjauh-an.






