TIDAK semua sikap bertolak ansur akan dibalas dengan kejujuran malah dalam sesetengah situasi, rasa simpati boleh memakan diri sendiri.
Itulah pengajaran yang dikongsikan seorang wanita apabila dia terpaksa menanggung sendiri kos membaiki kereta selepas terlibat dalam kemalangan dengan seorang pelajar yang baru mendapat lesen memandu.
“Tiba-tiba teringat student yang langgar kereta, lepas tu merayu jangan report polis, minta settle tepi. Baru dapat lesen memandu,” tulisnya menerusi satu hantaran di Threads.






