PELAKON Linda Hashim mendedahkan suaminya, Beego masih enggan melafazkan cerai meskipun diberikan peluang oleh hakim ketika prosiding perbicaraan lafaz taklik yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin.
Linda atau Norhazlinda Hashim, 42, berkata hakim telah mengemukakan pertanyaan kepada Beego sama ada mahu melafazkan cerai atau sebaliknya, namun pelakon itu memilih untuk meneruskan perbicaraan.
"Tadi sebenarnya ada soalan juga daripada hakim sama ada mahu lafaz cerai atau tidak. Namun dia (Beego) tetap tidak mahu beri kerjasama untuk lafaz cerai dan ingin membuat pembelaan diri.

Linda dakwa Beego enggan beri kerjasama.







