PELAKON Eyka Farhana kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan cahaya mata pertama pada Sabtu.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh suaminya, pemain bola sepak pasukan Terengganu FC, Akhyar Rashid, yang turut meluahkan rasa syukur atas kelahiran anak mereka.
Pasangan itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Luay Khayr.

Akhyar meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi sulung mereka.






