KONSERT minggu kelima program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) dikejutkan dengan kemunculan pelakon Amyza Aznan bersama anaknya, Adrian Adnan yang sepatutnya menjadi salah seorang peserta.
Perkara itu didedahkan hos TTMM2, Datuk Aznil Nawawi, yang memaklumkan pasangan ibu dan anak itu sebenarnya merupakan peserta kesebelas musim ini.
Bagaimanapun, Amyza terpaksa menarik diri sebelum program bermula susulan keadaan kesihatan Adrian yang kini sedang berjuang melawan kanser.







