PRODUKSI teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM) tampil memberi penjelasan susulan dakwaan segelintir pihak berhubung ketelusan dalam pemilihan barisan pelakon bagi pementasan muzikal berkenaan.
Menerusi satu kenyataan di Threads, pihak produksi menegaskan bahawa proses pemilihan dilakukan tanpa sebarang unsur pilih kasih.
“Kami tegaskan bahawa tiada pilih kasih atau favoritism dalam proses itu. Semua peserta dinilai secara adil oleh juri profesional berdasarkan pelbagai aspek,” tulisnya.

Kenyataan produksi yang dimuat naik di Threads.






