SETIAP ibu bapa pastinya mengimpikan melihat anak-anak membina keluarga sendiri dan hidup bahagia bersama pasangan masing-masing sebelum mereka menutup mata.
Namun soal jodoh bukan sesuatu yang boleh dipaksa kerana setiap individu mempunyai perjalanan hidup dan pilihan tersendiri.
Begitulah luahan seorang wanita yang berasa sebak apabila mendengar ibunya menangis mengenangkan kakaknya masih belum berkahwin meskipun usia sudah menghampiri 40 tahun.






