KUMPULAN Sekumpulan Orang Gila (SOG) menegaskan mereka tidak pernah mengambil pusing terhadap komen negatif netizen yang sering mempertikaikan penampilan mereka, termasuk pemakaian aksesori seperti anting-anting atau subang.
Menurut vokalisnya, Raja Nazrin Shah, 37, penilaian terhadap seseorang tidak seharusnya hanya dilihat pada luaran, sebaliknya menyerahkan segalanya kepada Tuhan.
"Biarlah orang nak ‘judge’ kita apa yang kita pakai ni. Itu manusia. Yang menilai isi hati adalah Tuhan. Jadi bagi kami, itu tak jadi masalah.

SOG yang dianggotai Nazim, Nazrin dan Buck Hakimi.






