TEKANAN kewangan selepas pulang ke kampung dan tinggal di rumah mentua di Kelantan membuatkan seorang wanita ini buntu.
Mana tidaknya, suaminya seolah-olah berat hati untuk kembali mencari rezeki di Kuala Lumpur, meskipun komitmen bulanan mereka kini semakin menjerut leher.
Menurutnya, sudah tiga bulan dia menetap di Kelantan selepas suaminya begitu yakin bahawa kerja sebagai penghantar makanan di sana mampu menjana pendapatan sekitar RM1,000 seminggu dan dirasakan cukup untuk menampung hidup mereka.






