MENGUPAH jurufoto profesional kini sudah menjadi antara perkara ‘wajib’ dalam sesebuah majlis perkahwinan.
Matlamatnya cuma satu iaitu mahu setiap saat indah majlis dirakam dengan sempurna sebagai kenangan seumur hidup.
Namun lain pula ceritanya bagi seorang wanita ini, keterujaan menanti hasil gambar majlis hari bahagianya bertukar menjadi rasa kecewa apabila mendapati gambar ahli keluarga sendiri terlalu sedikit berbanding tetamu lain.






