DI SEBALIK imej murni dan hantaran penuh nilai agama yang dipaparkan di media sosial, hakikatnya tidak semua individu memiliki keperibadian seindah disangka.
Ada yang kelihatan cukup sopan, matang, dan alim, namun belang sebenar hanya terserlah selepas hubungan mula melangkah ke fasa lebih rapat.
Demikianlah pengalaman pahit seorang wanita apabila dia tampil menceritakan detik perkenalannya dengan seorang lelaki yang pada luarannya tampak ‘sempurna’, namun rupa-rupanya tersembunyi sisi gelap.






