BERKONGSI pengalaman menjadi mangsa buli, anak kepada penyanyi Ani Maiyuni iaitu Viviana memberitahu tidak mudah untuknya meluahkan tentang perkara tersebut.
Biarpun melalui pengalaman yang teruk, Viviana menganggap setiap perbuatan itu mempunyai hikmah buat dirinya.
“Percayalah, ambil masa bertahun-tahun untuk saya buka cerita ini sebab ia masih segar dalam ingatan. Alhamdulillah, ada hikmah di sebalik semua yang berlaku,” katanya dalam satu hantaran di Threads.

Perkongsian Viviana di Threads.






