MEMBELI kereta baharu sepatutnya menjadi momen yang cukup mengujakan, namun bagi sesetengah orang, melangkah masuk ke pusat pameran (showroom) boleh menjadi pengalaman yang mendebarkan.
Mana tidaknya, penampilan luaran sering kali menjadi ‘penanda aras’ kepada kemampuan kewangan pelanggan di mata segelintir pihak, seperti yang pernah dilalui oleh wanita ini.
Mengimbau kenangan di Threads, wanita ini bercerita bagaimana dia pernah hadir ke pusat pameran sebuah jenama kenderaan terkenal dengan hanya memakai selipar.






