Viral

“Kak, bau ketiak la” – Kejujuran pemuda ini tutup periuk nasi rakan pejabat, wanita nekad berhenti kerja 24 jam

NIAT asalnya hanyalah mahu membantu, namun tindakan seorang lelaki menegur rakan sekerja wanita yang mempunyai masalah bau badan akhirnya memakan diri.

Katanya, gara-gara teguran jujur itu, individu berkenaan terus berhenti kerja, sekali gus meninggalkan rasa bersalah yang mendalam dalam hati lelaki tersebut hingga ke hari ini.

Menurut lelaki itu, kejadian tersebut berlaku ketika mereka masih bertugas di bawah satu bumbung dan dia langsung tidak berniat untuk memalukan atau menghina wanita tersebut.

“Dulu saya pernah tegur seorang perempuan ni dekat tempat kerja. Badan dia berbau busuk. Saya tak kecam pun cuma ada bagi teguran… kak, bau ketiak la.

“Esoknya dia terus berhenti kerja. Saya rasa bersalah sangat sampai sekarang. Salah ke cara saya tegur tu,” cerita lelaki itu dalam satu hantaran di Threads.

Sesetengah teguran yang dibuat boleh menyebabkan seseorang berasa rendah diri dan malu. -Gambar hiasan AI

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh