KEBANYAKAN anak muda masa kini lebih gemar menjadikan pekerjaan ekonomi gig seperti penghantar makanan (rider) sebagai kerjaya pilihan.
Meskipun menawarkan fleksibiliti masa dan memberi pulangan mengujakan, namun realitinya masih ada segelintir pihak memandang rendah terhadap kestabilan masa depan pekerjaan dalam bidang ini.
Di Threads, seorang penghantar makanan meluahkan rasa terkilan apabila ikatan pertunangan yang sepatutnya berlangsung bulan hadapan dibatalkan secara tiba-tiba oleh pihak wanita.






