HANTARAN penyanyi Azmi Saat sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila dia menyeru orang ramai agar tidak ragu-ragu memberi peluang pekerjaan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan.
Azmi atau nama sebenarnya Khairul Azmi Muhammad Saat, 39, berkata golongan seperti mereka juga mampu bekerja dengan baik dan berdedikasi setanding individu normal.
"Usah ragu untuk buka apa-apa peluang kerja kepada kami. Kalau kami mampu, pasti kami lakukan setanding orang normal.
Azmi akui OKU juga setanding orang biasa.





