SEORANG pelajar kolej matrikulasi dari keluarga berpendapatan rendah terkesan dengan stigma masyarakat mengenai golongan B40 yang mempunyai anak ramai gemar menagih bantuan kerajaan.
Namun begitu, dia mengakui kebenaran di sebalik kata-kata tersebut berhubung dengan sikap bapanya sendiri.
Menurut gadis ini, dia pernah dipaksa untuk memohon bagi mendapatkan apa sahaja bantuan pendidikan yang ditawarkan secara percuma.






