SEORANG wanita berada dalam dilema apabila mendedahkan dia ‘terperangkap’ selepas menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang.
Pun begitu, dia kini keliru sama ada ingin meneruskan hubungan tersebut atau sebaliknya selepas merasakan teman lelakinya itu seolah-olah tidak serius ingin berkahwin dengannya.
Dia merasakan perkara itu disebabkan kekasihnya enggan memberitahu isteri pertama tentang hubungan mereka malah tiada keberanian meminta izin berpoligami.






