PELAKON Ikmal Amry berkongsi pengalaman pahit pernah beberapa kali menjadi mangsa cabul ketika masih berada di bangku sekolah.
Mengimbas kejadian lalu, Ikmal atau Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 32, berkata, peristiwa hitam itu berlaku ketika dia baru berusia sekitar tujuh atau lapan tahun membabitkan seorang pekerja warga asing yang juga merupakan kakitangan syarikat bapanya.
“Ketika itu umur saya baru darjah satu atau dua. Ayah ada bawa pekerja daripada Indonesia dan kami tidur dalam satu ruang yang sama.

Ikmal berkongsi perkara itu di podcast Sembang Seram.






