DALAM kemeriahan menghadiri majlis kenduri, adab dan sikap bertimbang rasa seharusnya dititikberatkan oleh setiap tetamu.
Namun, masih ada segelintir individu yang dilihat kurang peka terhadap keselesaan orang lain sehingga mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan tetamu lain.
Situasi itu turut menarik perhatian seorang individu ini yang tampil meluahkan pandangannya selepas berdepan pengalaman kurang menyenangkan ketika menghadiri sebuah majlis kenduri.





