DUA kali gagal dalam perkahwinan, pelakon Zarina Anjoulie tampil memberikan pandangan berhubung isu wanita lebih memilih pasanagan bersandarkan faktor kewangan.
Zarina atau Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, 39, berkata tiada salahnya sekiranya seorang wanita menolak lelaki yang berpendapatan jauh lebih rendah kerana bimbang perlu menanggung pasangan pada masa depan.
“Tak salah. Saya dua kali kahwin, dua kali kena benda sama. Mereka (lelaki) akan brain wash otak konon susah, senang sama-sama.

Perkongsian Zarina di Threads menarik perhatian ramai.






