DI SEBALIK keanggunannya sebagai Miss World Malaysia 2024/2025, Taanusiya Chetty menyimpan impian besar untuk bergelar penyanyi dan pelakon.
Menurut Taanusiya, 25, minat terhadap bidang nyanyian mula bercambah sejak kecil lagi selepas sering menonton filem-filem Hollywood.
“Sejak kecil lagi saya suka menonton filem Hollywood. Jadi minat menyanyi itu timbul dan saya selalu menyanyi di rumah.







