HUBUNGAN profesional di pejabat seharusnya mempunyai batas yang jelas demi menjaga keharmonian dan mengelakkan fitnah, terutamanya melibatkan rakan sekerja berlainan jantina.
Dalam satu perkongsian di Threads, seorang lelaki meluahkan rasa rimas dan kurang selesa apabila sering menjadi sasaran “ajakan mesra” seorang pelatih industri (intern) wanita di syarikatnya.
Dakwanya, pelatih wanita berkenaan seolah-olah tidak faham bahasa apabila sering mengajaknya keluar bersama walaupun dia sudah berkali-kali menegaskan statusnya sebagai suami orang.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jaga ‘ikhtilat’ dikutuk enggan keluar makan dengan lelaki ‘ajnabi’ – "Tak rilaks, bukan kita menggatal pun!"






