MENJELANG konsert solo ‘Aishah 40 Chapters of Love’ yang bakal berlangsung pada 4 Julai depan, penyanyi Datuk Aishah kini giat melakukan pelbagai persiapan bagi memastikan persembahannya berjalan lancar.
Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 61, berkata dia kini lebih menitikberatkan soal penjagaan kesihatan selain mengikuti kelas vokal bagi memperbaiki teknik nyanyian.
"Sekarang saya lebih menjaga diri. Saya ambil kelas vokal walaupun usia sudah lebih 50 tahun. Dulu saya menyanyi tanpa ilmu yang betul, sekarang baru saya faham teknik sebenar," katanya.
Aishah mahu berikan yang terbaik buat peminat.

Aishah teruja mahu bertemu peminat yang menyokongnya.



