PENYANYI dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob meminta orang ramai lebih menghargai usaha artis-artis lama yang kembali aktif mengadakan konsert selepas sekian lama menyepi daripada industri hiburan.
Fazley atau Ahmad Fadzli Yaakob, 48, berkata setiap penyanyi mempunyai perjalanan seni tersendiri dan tidak wajar dibandingkan dengan versi mereka ketika muda, sama ada daripada segi vokal, rupa mahu pun fizikal.
"Bila ada penyanyi senior atau lama kembali buat konsert, tak perlulah kita bandingkan suara, rupa serta fizikal mereka dengan zaman muda dahulu.

Fazley minta peminat menikmati konsert tanpa perbandingan.





