KONSERT meraikan 25 tahun perjalanan seni penyanyi Shila Amzah yang berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada malam Sabtu meninggalkan kenangan cukup istimewa buat peminat.
Di sebalik persembahan penuh bertenaga itu, suasana serta merta bertukar hiba apabila Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 36, secara spontan menyanyikan lagu ikonik Fernleaf berjudul Ibu-Ibu yang membuatkan satu dewan terus senyap.
Rangkap "Ibu, ibu… engkaulah ratu hatiku" bergema perlahan, dan suasana berubah sepenuhnya.

Shila gemar menyanyikan lagu iklan Ibu-Ibu sewaktu kecil.






