PERSAHABATAN yang kembali bertaut antara pelawak Shuib dan Rahim disambut penuh kesyukuran oleh seorang lagi sahabat mereka iaitu Mamat Sepah.
Berkat Tanah Suci, Mamat atau Mohd Noor Murad, 41, mendedahkan Shuib tidak berhenti mendoakan Rahim ketika menunaikan ibadah umrah.
“Walaupun orang Malaysia ni anggap mereka (Shuib dan Rahim) sedang bergaduh, rupanya setiap kali pergi umrah dia akan doakan untuk Rahim.

Shuib (kanan) tidak berhenti mendoakan Rahim ketika menunaikan ibadah umrah.






