MENJADI saksi penderitaan insan tersayang terperangkap dalam perkahwinan toksik membuatkan wanita ini berazam membela nasib ibunya.
Tambahan pula ibunya sudah menginjak usia emas tetapi masih lagi terbeban dengan hal rumah tangga disebabkan sikap suami tidak bertanggungjawab.
Berkongsi situasi yang berlaku, adu wanita ini, ibunya pernah melarikan diri kerana tidak tahan hidup bersama bapanya.






