PENYANYI Zarul Umbrella menerima banyak pertanyaan mengenai pengunduran rakan pengacara dalam podcast Borak Dalam Gallery (BDG) iaitu CK Faizal.
Tampil menjawab segala persoalan yang timbul, Zarul atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin, 53, memberitahu CK membuat keputusan untuk mengundurkan diri kerana mahu memberi fokus kepada urusan peribadi.
Malah, Zarul sendiri mengakui terkejut apabila menerima notis pengunduran dalam tempoh 24 jam.

Pengunduran CK (kiri) disebabkan faktor peribadi.






