PERBUATAN seorang lelaki berstatus suami orang yang melakukan gangguan seksual lisan terhadap rakan sekerja wanita membawa padah apabila dia dikenakan tindakan disiplin oleh majikan.
Menceritakan semula insiden tersebut, mangsa mendakwa kejadian berlaku ketika waktu makan tengah hari di pejabat mereka.
Ketika itu katanya, dia baru selesai menunaikan solat sebelum kembali ke mejanya untuk menyapu krim pelindung matahari (sunscreen) sebelum turun makan.






