PERSONALITI media sosial Haqiem Stopa meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa berdepan kesukaran untuk bertemu dengan anak tunggalnya selepas berpisah dengan bekas isteri, Aireena Sofia.
Kata Haqiem atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 26, kekhilafan yang pernah dilakukan sebelum ini tidak tidak boleh dijadikan alasan untuk memutuskan hubungannya dengan anak iaitu Hud.
“Kalau hal-hal lain mungkin aku okay sahaja nak cakap apa pun. Tapi kalau bab anak aku rasa tak mampu nak tahan.
Haqiem akui sedih tidak dapat berjumpa dengan anaknya.
Haqiem dan Aireena bercerai pada Januari lalu. 



