Viral

Wanita dedah derita 7 tahun jadi ‘tawanan’ kekasih budak surau.. Pernah ugut nak bunuh famili jika ajak putus cinta

TUJUH tahun bukanlah satu tempoh yang singkat, apatah lagi jika setiap detik itu dilalui dalam ketakutan.

Itulah yang dialami oleh seorang wanita apabila akhirnya terbuka untuk berkongsi sisi gelap hubungannya dengan bekas kekasih yang disifatkan sebagai seorang yang ‘psiko’.

Segalanya bermula ketika pengadu baru mencecah usia 18 tahun, fasa di mana dia pertama kali belajar hidup berdikari di kampus dan mula mengenali erti kebebasan.

Katanya, dia mula tertarik dengan imej bersih lelaki tersebut yang kelihatan alim dan sering ke surau.

Ada sebahagian cinta kampus tidak berakhir seperti yang diharapkan. -Gambar hiasan AI

Ada sebahagian cinta kampus tidak berakhir seperti yang diharapkan. -Gambar hiasan AI

“Terjatuh cinta dengan seorang lelaki nerd, budak surau dan pakai cermin mata tebal. Tapi lepas tiga bulan dia mula tunjuk perangai psiko.

“Dia suka ugut bunuh diri, tak boleh lambat balas mesej, tak boleh ada kawan lelaki, kawan perempuan pun tak boleh takut kawan tu ada kawan lelaki,” katanya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh