SELEPAS tiga tahun berjuang, pelakon Fatin Afeefa meluahkan rasa syukur apabila kes berkaitan tuntutan nafkah anak akhirnya berpihak kepada dirinya.
Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 32, memaklumkan Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor pada Selasa memutuskan bekas suaminya iaitu Adam Shahz mampu untuk memberikan nafkah selain menanggung yuran sekolah anak mereka, Ivy Herra Sophia.
“Hak sentiasa ada, bukan sesuatu yang perlu diminta. Kini ia dipenuhi.

Fatin syukur hak anaknya terbela.






