NIAT hati hanya ingin mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman, namun seorang wanita berdepan detik hitam apabila menjadi mangsa gangguan seksual seorang lelaki yang baru dikenalinya.
Menurut wanita itu dalam perkongsian di Threads, dia mula mengenali lelaki berkenaan ketika sedang melakukan brisk walk atau senaman berjalan laju di kawasan perumahannya.
Pada awalnya, lelaki itu kelihatan normal dan sopan, membuatkan dia tidak ragu-ragu untuk bertukar nombor telefon.






