LAPTOP kini menjadi antara keperluan utama bagi pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).
Namun, seorang penjual berkongsi pengalaman berdepan segelintir pelajar yang mengambil kesempatan meminta peranti berharga tinggi atas alasan pembelajaran.
Menurut lelaki itu, dia kecewa dengan sikap golongan sedemikian yang secara terang-terangan cuba menipu ibu bapa masing-masing.

Terdapat segelintir pelajar gagal di IPT kerana tidak memberi fokus kepada pelajaran. -Gambar hiasan AI





