PENYANYI dan usahawan Nubhan Ahmad mendakwa berlaku tiga pelanggaran terhadap perintah mahkamah melibatkan bekas isterinya iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, dalam prosiding yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada Selasa.
Menurut peguam syarie mewakili Nubhan iaitu Mohd Redzuan Ramli, sesi tersebut merupakan prosiding pertama bagi kes pelanggaran perintah yang difailkan terhadap Afifah.
“Hari ini merupakan prosiding kali pertama yang mana prosiding pelanggaran perintah yang difailkan oleh Nubhan terhadap Dr Afifah.

Nubhan bersama peguam Mohd Redzuan (kiri).






